Terbaru kes 7 orang import dari beberapa buah pasukan Liga Malaysia tidak dapat didaftarkan kerana tidak menepati syarat yang di tetapkan. Nak salahkan FAM x boleh jugak walaupun FAM memang teruk.
Ini terjadi kerana Mereka(Pasukan) hanya bergantung kepada agen-agen pemain yang direkemenkan tu. Dah la percaya bulat-bulat tanpa kajian. Padahal bukak wiki terus boleh jumpa maklumat pemain tu. Nak kata dorang Bodoh semua tu ada Gelaran.
Jadi untuk mengelakkan situasi seperti ini terjadi, Scout la jawapan dia. Tapi apa tu Scout?????
Scout ni boleh juga la di katakan sebagai pencari bakat. Scout biasanya digunakan kelab-kelab power dunia untuk mencari bakat-bakat muda dari setiap pelusuk dunia. Sapa tahu mungkin mereka tengah memerharikan pemain kita. Kan kan..
Di malaysia kita tak pandang scout ni, Semua kerja bola buat sendiri. Nak kate serba boleh tak jugak kan. Pastu komplen banyak kerja la apa la .. Sepatutnya setiap kelab bola sepak mesti mengajikan sekurang-kurangnya seorang scout. Scout bukan saja mengintip pemain malah boleh pengintip taktikal lawan jugak kan.
Selain tu, bila pemain yang di kesan oleh scout jauh lebih murah daripada pemain yang direkemenkan oleh agen. Agen ni cari duit je tapi scout pekerja kita kan. hehe
Aku amat tertarik dengan pasukan Sime Darby yang telah menghantar scout mereka ke Liberia bagi mengesan pemain-pemain dalam liga mereka. Hasilnya mereka dah dapat Ronaldinho 21 Tahun dan Sengbah 24 Tahun yang tidak boleh diragui kesahihannya sebab dah terang-terang dorang tengok pemain ni dalam Liga Utama Liberia. Aku dah tengok game dorang memang bagus dan muda pulak tu. Tak payah membazir ambil pemain dekat agen last-last tak boleh daftar dalam liga. MEMBAZIR. Silap-silap Sime Darby Boleh juga pulak dengan harga yang rendah. Dah la beli pun Murah kan .. hehehe
Sekarang aku nak mengupas sikit pasal scout-scout ni dalam liga Lain.
England - Manchester United.
Aku suka scout manchester sebenarnya sebab yang ni je selalu keluar paper kan .. haha ..
Dulu sapa kenal Anderson?C.Ronaldo?Nani?Chicharito?Ruud?Fabio?Rafael? .. Semua pemain ni di rekemenkan oleh Scout MU .. Berapa bagus dorang sekarang? aku ada search kat wiki pasal scout MU .. aku dapat info mengenai Martin Ferguson. Dia ni yang suh Alek Fegusen tu beli Forlan, Anderson n Ruud tau. Murah je MU beli semua tu.
Bukan je pemain Dewasa je MU ni anto scout. Malah pemain baby pon ada namanya Charlie Jackson baru 5 tahun. Untung Tak kalo ada Scout sendiri dari Bergantung kepada Agen?????
Spain - Barcelona
Berdasarkan pemerhatian aku, Barcelona selalu hantar scouting team dorang pegi check it out dekat Amerika Latin. Macam Messi, Dulu sapa kenal budak bantut berpenyakit ni?? Nak harap Pep Guardiola Buat semua ni memang tak mampula .. Sekarang yang terbaru Barca hantar scout dorang pergi Colombia untuk Check pemain kat sana namanya Herdas. Kalau dorang dapat player ni Jimat la duit dorang dari beli pemain mahal-mahalkan.
Selain dari itu, Scout ni la yang akan kenalpasti siapa pemain Negara kita yang bermain kat liga luar. Mesti ada yang berdarah malaysia. Panggil je. hehe <tambah skit>
Nukilan ini hanyalah Pandangan Peribadi Aku .. tq Ok Bai
Sumber:-
- Wikipedia
- www.dailymail.co.uk
- www.tribalfootball.com
- www.imscouting.com
- www.manutd.com
- dan sumber-sumber bacaan peribadi.
terbaikkkkk..... hidup kyk(penerus legasi)
BalasPadampersatuan dan liga malaysia diurus tadbir secara carca marba dan tangkap muat (cukup setakat yang ada. macamana nak scout player kalau masalah gaji player yang ada pun susah nak setel sampai masuk surat khabar cakap kerajaan negeri tak support pembangunan akar umbi segala bagai. profesional hanya pada nama, tapi realitinya masih dibawah tahap amatur dari segenap lapisan.
BalasPadam