Sila Mencari Disini

Jumaat, 9 Disember 2011

Standardize Struktuk Liga M

Seperti yang kite tahu, struktur liga Mlaysia Khususnya Liga Super sering berubah. Boleh dikatakan setiap 2-3 tahun mesti ada je yang berubah. Kalau ashik berubah macam mana kita nak kekalkan kelompok pemain dan kelab terbaik? Kalau kita sebagai penyokong pon rasa muak dan jelak kalau asyik tukar je kan. Keliru la penyokong nanti.

Beberapa idea yang telah diketengahkan oleh penyokong yang saya rasa sangat bagus. Rasanya yang paling baik adalah kita kena standardkan semua liga dalam asia atau paling koman pun dengan ASEAN. Dengan ini kita dapatlah menyusun semula jadual Liga, AFC dan ACL. Contohnya Seperti:

  • Transfer window lebih tersusun dan persaingan mendapatkan Pemain Luar lebih terbuka.
    • Bayangkan liga indon baru start November, Liga Thai n Vietnam baru nak habis pada Disember. Kita pulak dah kelam kabut nak tutup pendaftaran pemain pada awal Disember. Liga Europe pun tengah jalan kan. 
    • Nampak tak bagaimana peluang kita dalam Liga M untuk mendapatkan pemain yang berwibawa. Yang kita dapat sekarang kebanyakkannya adalah Pemain-Pemain buangan liga-liga seperti ini. Ada nasib bagus, Kalu takda?Bungkus.
  • Jadual Perlawanan Lebih Teratur
    • Sekarang jadual Liga M memang ikut sesukahati diorang je nak tukar-tukar tanpa mengira hari. Kejap isnin la, selasa la, jumaat la. Apa kata, Kalau semua game Liga kita main hari sabtu dan ahad. Manakala Piala PA kita main la hari Selasa/Rabu. Dengan ini takda la peminat rasa pening kepala dan keliru sebab dah tau game hari tersebut ialah KHAS untuk perlawanan apa.
    • Dulu ada kes budak-budak Kelantan. Diorang ni memang nak sangat ke Sabah sokong Kelantan. Diorang Beli la tiket awal untuk dapatkan harga yang murah tapi tiba-tiba jadual tukar. Kan dah rugi duit Diorang tu. Lama-lama orang bosan la nak menyokong kalau dah macam ni. Ini la sebabnya Bapak kita semua bersara dari tengok Liga M.
    • Fam kena susun jadual Team Kebangsaan mengikut cara FIFA. FIFA dah tetapkan semua Jadual International Friendly. Jadi, FAM mestilah buat perancangan awal. Kalau ada perancangan awal, Jadual Liga M pun tidak terusik Banyak.
Ok .. Malas nak sambung rasa tidak puas hati ni .. Tunggu Di Lain Hari .. Kita Up Isu Lain Pulak
Bai ~pencinta bola sepak M~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan