Hari ni aku nak cerita kenapa kelab-kelab dalam liga malaysia bila main mesti stadium kosong.
Cube kita fikirkan kenapa kita menyokong Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis. Sebabnya itu tempat kita lahir atau paling tidak pun tempat kita tinggalkan .. Jadi kita menyokong kepada pasukan yang dekat dengan hati kita yer tak? Apa Ke Jadahnya kalau orang teluk intan tapi pegi sokong kelantan .. Tak ke bodoh tu!!!!!
Pasukan kelab dalam liga Malaysia ni boleh dikatakan banggang jugak sebab semua syok sendiri mewakili company masing-masing. Apa ingat korang punya pekerja nak sokong team Company dia ke???? Baik Dorang sokong Perak.. Lagi power & best.
Bola sepak adalah sukan komuniti. Setiap pasukan yang bertanding akan menarik penyokong dari komuniti mereka sendiri.
Mula-mula aku bagi contoh kat luar negara dulu sebelum aku masuk cerita dalam Malaysia pulak ok!
- Contoh yang paling glamor adalah EPL la yer .. Manchester United ok?
Man U ni mula-mula dikenali sebagai Newton Heath LYR Football Club yang mewakili sebuah railway station Tapi bila mereka nak join Liga Pro seorang bisnesman telah menukar nama kelab ni kepada Man U. Salah satu sebabnya ialah menarik orang dari komunity Manchester untuk menyokong team ni. Dan apa ke jadahnya pulak kalau orang london sokong Man U. Memang mati la dia. Yang lain korang baca sendiri. Nak tulis memang panjang la kan. Macam jugak Arsenal dan Spurs. Mereka keduanya North London tapi dibezakan dengan Jarak dan Kawasan.
- Yang kedua aku nak bawak korang semua ke Liga Russia. Aku amik contoh CSKA Moskow.
Kalau korang semua nak tahu, CSKA ni macam team ATM la. Dimiliki sepenuhnya oleh Military Of Defense Russia. Tapi untuk menarik Fan yang banyak dorang letak Moskow iaitu nama tempat. Kalo nak haram Askar je sokong jadi la lagu ong kedek kedek. Haru oit.. Nampak tak betapa pentingnya nama tempat kat situ .. Macam aku cakap banyak kali tadi "KITA HANYA AKAN MENYOKONG PASUKAN YANG ADA KAITAN DENGAN KITA".
- Sekarang aku nak bawak pulak dekat liga Jepun. Macam Mana Liga Jepun Dulu Yang Bodoh Telah Berjaya.
Dulu liga jepun penuh dengan Company bertanding. Sebagai contoh Hitachi, Ltd. Soccer Club atau sekarang dikenali sebagai Kashiwa Reysol yang berpengkalan di Kashiwa, Chikam, Jepun. Kalau tak silap aku, Jepun dulu dia tengok dari Malaysia. Jenuh dorang fikir macam mana nak tarik Fan datang stadium sebab liga dorang dulu suram. Jadi dorang benchmark Liga Malaysia dan menukar semua nama company kepada nama tempat. Manakala Company tu dijadikan Penaja Tetap atau tukar nama kepada nama tempat dibelakang dan company didepan. Macam Kashiwa Reysol ni Hitachi merupakan jenama rasmi dan nama stadium dorang ialah Hitachi Kashiwa Soccer Stadium.
Tapi dalam Malaysia lain pulak jadi nya. Semua Company nak syok sendiri Promo company dorang main Liga Malaysia. Main pun dalam 2-3 Musim lepas tu senyap. Duit Habis la penyokong tak da la. Dulu sapa ingat Plus FC? Dorang bayo pekerja dorang untuk sokong team main liga. Apa ke jadahnyer macam tu Kelab Bola Sepak!!.
Yang aku suka dulu ada Kuala Muda Naza. Nama dah cantik, Team dah cantik tapi main dekat Alor Setar. Aku penah tanya orang-orang Kuala Muda kenapa tak sokong KM Naza ni. Dorang cakap "Jauhlah Bang Nak Pegi". Nampak tak kesilapannya disitu??Sepatutnya bila mewakili sesuatu Tempat kena la bersesuai dengan tempat tu kan.
Jadi Team Kelab dalam malaysia sila la memilih tempat untuk dijadikan Home Ground. Jangan la harapkan KL je .. KL pun takda penyokong tau ..
Tahniah Felda United Sebab nak ada stadium dekat Jengka. Orang-orang jengka Kompom la sokong Team Felda.
Johor FC kelab yang aku rasa bagus sebab dia build up nama dengan jangka masa yang lama dan mengambil Pasir Gudang sebagai Home Ground.
PKNS pon sama. Orang area Kelana Jaya semua sokong PKNS. Aku tau la..
Ok bai. Nanti Aku Up Isu Lain Pulak.
best bro...tapi ade kesilpan pada home Johor FC..diorang main kat stdm j-corp psr gudang..stdm sendiri...dan tak silap stdm bolasepak pertama kt malaysia..by the way taniah...dah lama dah...
BalasPadammaaf2 .. salah tempat ..
BalasPadamaku ubah skrg .. tq bro ..
BalasPadambetul bro. faktor locality main peranan penting untuk tarik fan base. bila ada fan base baru la tajaan masuk mencurah-curah. di malaysia kebanyakan tajaan yang diterima adalah drpd anak syarikat negeri (itu pun mcm terpaksa je)
BalasPadam