Salam Ramadhan Kepada Semua ..
Agak lama aku tau menaip dalam ni .. sebab aku maleh .. ye la balik keje main football manager .. pastu tido esok g keje balik pastu main FM lagi .. jadi mana ada masa nak update blog ni .. awek2 ye la rajin update blog ..
Sekarang Aku Agak Macam Nak cite pasal club status .. Status tu Penting sebenarnya bagi meningkat kan lagi nilai sesebuah kelab .. tu la sebabnya kelab england bersepah-sepah nak buat asian tour la us tour la tah apa tour lagi la ..
Tapi kat malaysia kita agak kolot dalam semua ni .. mungkin kita masih tak sedar atau memang bodoh bahalol tak nak sedar ..
Contohnya macam jugak kita semua .. status kita dari pelajaran, hidup dan memduda .. semua tu memainkan peranan penting dalam hidup kan .. sama je macam kelab bola sepak .. Kalau status kelab itu meningkat maka secara tidak langsung income pon akan meningkat ye dak??
Jadi .. Ini lah penting nye perlawanan macam Kelantan Vs QPR .. Walaupon kalah tapi status kelantan menguji barisan pemain QPR Boleh la di beri pujian kan ..
Tapi ia sangat lah berlainan dengan perlawanan pertunjukan yang hanya memikirkan Untung n Poket Sendiri Macam Arsenal Vs Malaysia .. Tu lagi menjatuhkan maruah negara dan pemain negara agak sukar belajar sesuatu kerana Permainan di peringkat kelab dan negara adalah berlainan .. Sepatutnya kita bayar mahal-mahal .. bawak England datang .. baru la pemain kita dapat belajar bagaimana bermain sebagai sesebuah negara .. Maruah yang di bawa adalah berlainan. Cukup .. Bukan Ini yang aku nak cerite ..
Macam Mana Kita Nak Meningkatkan Status Kelab Itu???????
1. Yang paling penting mestilah pengurusan .. Jika pengurusan cantik secara tidak langsung dia akan mengwujudkan kelab tersebut didalam Kelas yang tersendiri .. sebagai contoh Kelantan ..
2. Kemudahan kelab berkenaan .. Player jenis world class ni bukan nak main kat tempat yang kemudahan dan tiada penrancangan masa depan ni .. ingat tak kes TMJ nak amik player argentina tu .. Apa dia nak tengok??? Jika semua lengkap baru lah tidak malu untuk menjaja 1 dunia yang kelab kita setanding dengan kelab kat luar sana .. Player world class ni nak pegi kelab2 negara kecil bola sepak ni adalah untuk mengembangkan lagi sukan bola sepak dunia .. Sama macam Drogba dan Anelka .. Dorang pegi sebab nak bagi budak-budak China minat balik sukan bola sepak..
3. Media .. Media penting untuk mengempar gempurkan sesuatu kejadian .. macam gosip la .. kelab bola sepak juga perlukan gosip .. Adakah korang semua ingat kes Wayne Rooney sebelum dia sign contract baru dengan MU .. Media hebahkan yang dia nak keluar la apa la .. Lepas je sign contract baru Alex Ferguson tu cakap memang sebenarnyer MU nak bermain dengan media bagi membolehkan nama Rooney kembali naik .. Media yang aku maksudkan ialah media kelab itu sendiri .. Seperti Radio Kelab, Majalah dan macam-macam lagi yang aku malas nak cari .. haha
4. Perlawanan dengan Kelab yang tinggi taraf nya .. Walaupun hanya frenly .. Tapi pasukan kita akan lebih di kenali masyarakat dunia .. Itu sebab kelab-kelab kat sekitar dunia ni sanggup bayar berapa sekali pon untuk bawak barcelona datang main dengan kelab dorang .. Bila dah macam ni sponsor pon berani nak masukkan ..
Jepun dia tak tiba-tiba jadi kuat tau .. tapi dorang buat macam-macam untuk naik kan status/reputation kelab dorang .. sebagai contoh kalo kita tengok kat jepun kalau nak buat iklan kena guna model daripada player bola dorang .. tak boleh nak ronaldo sangat la messi sangat la..
Pagi-pagi ni sebenarnya aku pon dah blur .. tah aku sedar ke tak apa aku tulis .. nak padam macam rugi naip panjang2 .. bior la .. kome baca la ..
Selamat Berpuasa .. Kalau saya salah tegur la .. ini pandangan peribadi saya sahaja .. tq
aku MALEH nk bace..tpi aku tau pemikiran ko mmg KELASSS bro...:)
BalasPadamMALEHnya nk komen...haishhh
BalasPadam