Sila Mencari Disini

Jumaat, 30 Disember 2011

Pentingnya Scout A.K.A Pengintip Dalam Bolasepak

Situasi di dalam liga malaysia sekarang sangat la teruknya kalau dilihat dari segi pemilihan pemain import. Yela kan import pon baru masuk tahun ni jadi semua pasukan nak jugak ada import tapi malas.

Terbaru kes 7 orang import dari beberapa buah pasukan Liga Malaysia tidak dapat didaftarkan kerana tidak menepati syarat yang di tetapkan. Nak salahkan FAM x boleh jugak walaupun FAM memang teruk.

Ini terjadi kerana Mereka(Pasukan) hanya bergantung kepada agen-agen pemain yang direkemenkan tu. Dah la percaya bulat-bulat tanpa kajian. Padahal bukak wiki terus boleh jumpa maklumat pemain tu. Nak kata dorang Bodoh semua tu ada Gelaran.

Jadi untuk mengelakkan situasi seperti ini terjadi, Scout la jawapan dia. Tapi apa tu Scout?????
Scout ni boleh juga la di katakan sebagai pencari bakat. Scout biasanya digunakan kelab-kelab power dunia untuk mencari bakat-bakat muda dari setiap pelusuk dunia. Sapa tahu mungkin mereka tengah memerharikan pemain kita. Kan kan..


Di malaysia kita tak pandang scout ni, Semua kerja bola buat sendiri. Nak kate serba boleh tak jugak kan. Pastu komplen banyak kerja la apa la .. Sepatutnya setiap kelab bola sepak mesti mengajikan sekurang-kurangnya seorang scout. Scout bukan saja mengintip pemain malah boleh pengintip taktikal lawan jugak kan.

Selain tu, bila pemain yang di kesan oleh scout jauh lebih murah daripada pemain yang direkemenkan oleh agen. Agen ni cari duit je tapi scout pekerja kita kan. hehe

Aku amat tertarik dengan pasukan Sime Darby yang telah menghantar scout mereka ke Liberia bagi mengesan pemain-pemain dalam liga mereka. Hasilnya mereka dah dapat Ronaldinho 21 Tahun dan Sengbah 24 Tahun yang tidak boleh diragui kesahihannya sebab dah terang-terang dorang tengok pemain ni dalam Liga Utama Liberia. Aku dah tengok game dorang memang bagus dan muda pulak tu. Tak payah membazir ambil pemain dekat agen last-last tak boleh daftar dalam liga. MEMBAZIR. Silap-silap Sime Darby Boleh juga pulak dengan harga yang rendah. Dah la beli pun Murah kan .. hehehe

Sekarang aku nak mengupas sikit pasal scout-scout ni dalam liga Lain.

England - Manchester United.
Aku suka scout manchester sebenarnya sebab yang ni je selalu keluar paper kan .. haha ..
Dulu sapa kenal Anderson?C.Ronaldo?Nani?Chicharito?Ruud?Fabio?Rafael? .. Semua pemain ni di rekemenkan oleh Scout MU .. Berapa bagus dorang sekarang? aku ada search kat wiki pasal scout MU .. aku dapat info mengenai Martin Ferguson. Dia ni yang suh Alek Fegusen tu beli Forlan, Anderson n Ruud tau. Murah je MU beli semua tu.
Bukan je pemain Dewasa je MU ni anto scout. Malah pemain baby pon ada namanya Charlie Jackson baru 5 tahun. Untung Tak kalo ada Scout sendiri dari Bergantung kepada Agen?????

Spain - Barcelona
Berdasarkan pemerhatian aku, Barcelona selalu hantar scouting team dorang pegi check it out dekat Amerika Latin. Macam Messi, Dulu sapa kenal budak bantut berpenyakit ni?? Nak harap Pep Guardiola Buat semua ni memang tak mampula .. Sekarang yang terbaru Barca hantar scout dorang pergi Colombia untuk Check pemain kat sana namanya Herdas. Kalau dorang dapat player ni Jimat la duit dorang dari beli pemain mahal-mahalkan.

Selain dari itu, Scout ni la yang akan kenalpasti siapa pemain Negara kita yang bermain kat liga luar. Mesti ada yang berdarah malaysia. Panggil je. hehe <tambah skit>

Nukilan ini hanyalah Pandangan Peribadi Aku .. tq Ok Bai

Sumber:-
  • Wikipedia
  • www.dailymail.co.uk
  • www.tribalfootball.com
  • www.imscouting.com
  • www.manutd.com
  • dan sumber-sumber bacaan peribadi.

Rabu, 14 Disember 2011

Liga Malaysia - Kenapa Kelab Takda Penyokong?

Hari ni aku nak cerita kenapa kelab-kelab dalam liga malaysia bila main mesti stadium kosong. 

Cube kita fikirkan kenapa kita menyokong Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis. Sebabnya itu tempat kita lahir atau paling tidak pun tempat kita tinggalkan .. Jadi kita menyokong kepada pasukan yang dekat dengan hati kita yer tak? Apa Ke Jadahnya kalau orang teluk intan tapi pegi sokong kelantan .. Tak ke bodoh tu!!!!!

Pasukan kelab dalam liga Malaysia ni boleh dikatakan banggang jugak sebab semua syok sendiri mewakili company masing-masing. Apa ingat korang punya pekerja nak sokong team Company dia ke???? Baik Dorang sokong Perak.. Lagi power & best.

Bola sepak adalah sukan komuniti. Setiap pasukan yang bertanding akan menarik penyokong dari komuniti mereka sendiri. 
Mula-mula aku bagi contoh kat luar negara dulu sebelum aku masuk cerita dalam Malaysia pulak ok!

  • Contoh yang paling glamor adalah EPL la yer .. Manchester United ok?

Man U ni mula-mula dikenali sebagai Newton Heath LYR Football Club yang mewakili sebuah railway station Tapi bila mereka nak join Liga Pro seorang bisnesman telah menukar nama kelab ni kepada Man U. Salah satu sebabnya ialah menarik orang dari komunity Manchester untuk menyokong team ni. Dan apa ke jadahnya pulak kalau orang london sokong Man U. Memang mati la dia. Yang lain korang baca sendiri. Nak tulis memang panjang la kan. Macam jugak Arsenal dan Spurs. Mereka keduanya North London tapi dibezakan dengan Jarak dan Kawasan.


  • Yang kedua aku nak bawak korang semua ke Liga Russia. Aku amik contoh CSKA Moskow. 

Kalau korang semua nak tahu, CSKA ni macam team ATM la. Dimiliki sepenuhnya oleh Military Of Defense Russia. Tapi untuk menarik Fan yang banyak dorang letak Moskow iaitu nama tempat. Kalo nak haram Askar je sokong jadi la lagu ong kedek kedek. Haru oit..  Nampak tak betapa pentingnya nama tempat kat situ .. Macam aku cakap banyak kali tadi "KITA HANYA AKAN MENYOKONG PASUKAN YANG ADA KAITAN DENGAN KITA".

  • Sekarang aku nak bawak pulak dekat liga Jepun. Macam Mana Liga Jepun Dulu Yang Bodoh Telah Berjaya.
  Dulu liga jepun penuh dengan Company bertanding. Sebagai contoh  Hitachi, Ltd. Soccer Club atau sekarang dikenali sebagai Kashiwa Reysol yang berpengkalan di Kashiwa, Chikam, Jepun. Kalau tak silap aku, Jepun dulu dia tengok dari Malaysia. Jenuh dorang fikir macam mana nak tarik Fan datang stadium sebab liga dorang dulu suram. Jadi dorang benchmark Liga Malaysia dan menukar semua nama company kepada nama tempat. Manakala Company tu dijadikan Penaja Tetap atau tukar nama kepada nama tempat dibelakang dan company didepan. Macam Kashiwa Reysol ni Hitachi merupakan jenama rasmi dan nama stadium dorang ialah Hitachi Kashiwa Soccer Stadium.

Tapi dalam Malaysia lain pulak jadi nya. Semua Company nak syok sendiri Promo company dorang main Liga Malaysia. Main pun dalam 2-3 Musim lepas tu senyap. Duit Habis la penyokong tak da la. Dulu sapa ingat Plus FC? Dorang bayo pekerja dorang untuk sokong team main liga. Apa ke jadahnyer macam tu Kelab Bola Sepak!!.
Yang aku suka dulu ada Kuala Muda Naza. Nama dah cantik, Team dah cantik tapi main dekat Alor Setar. Aku penah tanya orang-orang Kuala Muda kenapa tak sokong KM Naza ni. Dorang cakap "Jauhlah Bang Nak Pegi". Nampak tak kesilapannya disitu??Sepatutnya bila mewakili sesuatu Tempat kena la bersesuai dengan tempat tu kan.

Jadi Team Kelab dalam malaysia sila la memilih tempat untuk dijadikan Home Ground. Jangan la harapkan KL je .. KL pun takda penyokong tau ..

Tahniah Felda United Sebab nak ada stadium dekat Jengka. Orang-orang jengka Kompom la sokong Team Felda.
Johor FC kelab yang aku rasa bagus sebab dia build up nama dengan jangka masa yang lama dan mengambil Pasir Gudang sebagai Home Ground.
PKNS pon sama. Orang area Kelana Jaya semua sokong PKNS. Aku tau la.. 

Ok bai. Nanti Aku Up Isu Lain Pulak.



Jumaat, 9 Disember 2011

Standardize Struktuk Liga M

Seperti yang kite tahu, struktur liga Mlaysia Khususnya Liga Super sering berubah. Boleh dikatakan setiap 2-3 tahun mesti ada je yang berubah. Kalau ashik berubah macam mana kita nak kekalkan kelompok pemain dan kelab terbaik? Kalau kita sebagai penyokong pon rasa muak dan jelak kalau asyik tukar je kan. Keliru la penyokong nanti.

Beberapa idea yang telah diketengahkan oleh penyokong yang saya rasa sangat bagus. Rasanya yang paling baik adalah kita kena standardkan semua liga dalam asia atau paling koman pun dengan ASEAN. Dengan ini kita dapatlah menyusun semula jadual Liga, AFC dan ACL. Contohnya Seperti:

  • Transfer window lebih tersusun dan persaingan mendapatkan Pemain Luar lebih terbuka.
    • Bayangkan liga indon baru start November, Liga Thai n Vietnam baru nak habis pada Disember. Kita pulak dah kelam kabut nak tutup pendaftaran pemain pada awal Disember. Liga Europe pun tengah jalan kan. 
    • Nampak tak bagaimana peluang kita dalam Liga M untuk mendapatkan pemain yang berwibawa. Yang kita dapat sekarang kebanyakkannya adalah Pemain-Pemain buangan liga-liga seperti ini. Ada nasib bagus, Kalu takda?Bungkus.
  • Jadual Perlawanan Lebih Teratur
    • Sekarang jadual Liga M memang ikut sesukahati diorang je nak tukar-tukar tanpa mengira hari. Kejap isnin la, selasa la, jumaat la. Apa kata, Kalau semua game Liga kita main hari sabtu dan ahad. Manakala Piala PA kita main la hari Selasa/Rabu. Dengan ini takda la peminat rasa pening kepala dan keliru sebab dah tau game hari tersebut ialah KHAS untuk perlawanan apa.
    • Dulu ada kes budak-budak Kelantan. Diorang ni memang nak sangat ke Sabah sokong Kelantan. Diorang Beli la tiket awal untuk dapatkan harga yang murah tapi tiba-tiba jadual tukar. Kan dah rugi duit Diorang tu. Lama-lama orang bosan la nak menyokong kalau dah macam ni. Ini la sebabnya Bapak kita semua bersara dari tengok Liga M.
    • Fam kena susun jadual Team Kebangsaan mengikut cara FIFA. FIFA dah tetapkan semua Jadual International Friendly. Jadi, FAM mestilah buat perancangan awal. Kalau ada perancangan awal, Jadual Liga M pun tidak terusik Banyak.
Ok .. Malas nak sambung rasa tidak puas hati ni .. Tunggu Di Lain Hari .. Kita Up Isu Lain Pulak
Bai ~pencinta bola sepak M~