Sekarang ni bukan masa untuk kita cakap pasal Player Malaysia Pondan la, Coach kayu pokok pisang la, Jepun main bom atom la atau korang sendiri yang jeles sebab korang tak power. Kalau korang fikir dan marah bukan leh jadi kuat pon team kita ni.
Macam biasa aku nak mengajor korang semua ialah salahkan Persatuan Paling Kebal Malaysia. Mempersembahkan tidak lain dan ridak bukan .. FAM!!! Kenapa???Mengapa??Apa??
Ingin Sangat la aku petik ayat ini:-
Sesebuah Pasukan Akan Berjaya Dengan Pengurusan Yang Baik Bukan Dengan Pemain Yang Hebat <Jose Mourinho comment on England FA>
- Perubahan perlu dilakukan daripada pengurusan dari kita sibuk nak rombak team pastu beriye-iye nak suruh panggil top scorer liga bahawan macam liga perdana.. Adoi
- Aku rasa korang pun leh fikir sendiri dan tengok sendiri kelab-kelab sekitar dunia ni. Korang kan suka tengok liga luar tu. Aku bukan suka sangat pon.
Sebab liga dorang telah sepenuhnya dikontrol oleh hak persendirian/swasta ataupun pemegang SHARE.
Ye aku paham share terbesar memang akan dipegang oleh FA. Tetapi dari segi pengurusan sepenuhnya Hak Shareholders ataupun pemegang saham. Bila Liga dah menjadi hak milik persendirian/swasta, mereka akan memikirkan tentang pelanggan mereka dan pelanggan itu adalah penyokong liga tersebut. Jadi mereka akan cuba mempromosikan Produk dorang iaitu Liga itu sendiri untuk memastikan poket dorang penuh.
Aku tau korang mesti nak bangkang dan cakap. Nanti orang-orang ini hanya akan mementingkan kepentingan poket dorang dari memajukan liga itu.
Ni kenyataan; Bila shareholders ini fikirkan tentang duit secara tidak langsung dorang akan memikirkan macam mana nak berinovasi. Berinovasi kepada produk dorang. Dengan ini secara tidak langsung dorang akan mempertingkatkan quality liga itu dulu bagi memastikan pelanggan tidak bosan dengan perkhidmatan yang sama. btol x?
Bila quality meningkat, ramai la orang dan penyokong akan datang menyaksikan liga itu kan kan kan???
Semua benda dalam dunia ini ada Pro n Cons nya. Untuk dapatkan sesuatu kita perlu lepaskan sesuatu.
Sama juga kes ini dengan kelab-kelab dalam liga M. Situasi dekat Malaysia ini semua kelab dimilik oleh kerajaan negeri. Korang sendiri pun tau kan macam mana orang gomen keje. Cukup makan pakai dah la.
Kalo korang tanya aku. Jawapan aku sangat mudah iaitu FA tukar FC dan pengurusan tukar kepada swasta dan hak kepada pemegang saham terbesar. Bila dah jadi hak persendirian sama la jugak macam apa yang aku terangkan kat atas tu tadi kan.. Baca la balik n sila rujuk nukilan aku yang ni <Liga Malaysia - Kenapa Kelab Takda Penyokong?>
Lepas Korang baca ini aku akan up apa perbezaan yang ketara di antara Liga M Dengan Liga Lain Seperti Jepun .. banzai banzai ..